Thursday, December 22, 2011

Thanks for coming guys


Assalamualaikum :)
Setelah kami iaitu Aku, Aimi, Far, Syera dan Ira penat berhempas pulas memikirkan pasal jamuan akhirnya apa yang kami lakukan ini terlaksana walaupun ianya masih lagi ada kekurangan dari segi orang yang hadir. Tapi ia tidak menjadi satu masalah yang besar untuk kami kerana ketidakhadiran mereka atas kehendak mereka sendiri dan tak lupa pada cikgu yang tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah kesihatan. Tak mengapa cikgu, kami sentiasa ingat pada cikgu dan kalau-kalau cikgu free tengoklah gambar-gambar yang kami hadiahkan pada cikgu tu. 2011 merupakan satu memori yang sangat indah cikgu, dan tanpa cikgu dan korang semua mungkin aku tidak seperti aku yang sekarang. Alhamdulillah

Walaubagaimana pun, perasaan hampa itu tetap ada kerana apa yang aku jangka tidak berlaku. Tapi apa-apa pun apa yang aku dan kawan-kawan aku usahakan ni tetap dipandang oleh mereka yang sanggup hadir ni, terima kasih korang. Aku mintak maaf kalau-kalau masa dan tarikh yang aku tetapkan tu telah mengganggu aktiviti korang.

Nak cerita sikit macam mana aku dan kawan-kawan aku handle jamuan ni. At first aku cuma post kan di fb 5Premier sahaja memandangkan kos untuk text setiap org amat tinggi hehe. Respond yang diterima kurang memuaskan dan ini mendatangkan kemarahan pada aku. Sebelum aku post status tersebut aku dah pn berbincang dgn Zaid, Aimi, Far dan Syera supaya aku lebih yakin untuk pikul tanggungjawab sebagai bendahari untuk melaksanakan jamuan kelas berikutan dengan duit lebihan daripada bayaran majalah sekolah ada ditanganku.

Aku mintak pertolongan Aimi untuk pergi booking Pizza Hut di Wangsa Maju, aku paksa Zaid untuk fikirkan tempat untuk jamuan ni, aku mintak jasa baik Ira untuk kira duit yang ada, aku curi masa Iliya untuk bertanyakan pendapat dia tentang masa dan tarikh jamuan akan diadakan, aku habiskan kredit Far suruh dia text budak lain juga aku berbincang dgn Syera untuk menjayakan jamuan ni. Pada hari Selasa aku dan Far sanggup pergi ke sana untuk pastikan apa yang kami order cukup utk setiap orang. Apa yang kami lakukan ni disertakan dengan harapan yang tinggi agar ramai yang datang tapi T_T 

Ni antara muka-muka yang hadir :)

Tengah semangat makan 
Muka-muka pelajar perempuan yang hadir
Muka-muka pelajar lelaki yang hadir
Ye aku tahu mesti dalam fikiran korang 'Jamuan ape bendanya orang yang datang pn sikit'. Tu semua tidak menjejaskan perasaan kami waktu tu sebab kami rasa seronok sangat bila diberi peluang dan waktu begini untuk berjumpa dengan mereka mereka ni yang mungkin aku tak akan jumpa lagi. Huwaaaa rindunya sekolah *haha mcm kelakar pun ada, ye lah mane taknya dulu bukan main lagi asyik cakap nak cepat habis sekolah at last tak ade ape pn bila dah habis ni :P

InshaAllah kalau ada rezeki masa ambil result nanti kita jumpa lagi ye. Sama-samalah kita berdoa agar result tahun ni gempak gempak belaka Aminnnnnn :')

No comments:

Post a Comment