Sunday, April 22, 2012

Believe this,


Kalau engkau jatuh jangan engkau lemah,
kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah ;)

From mama to abah :')

Kasih, telah terbina sebuah mahligai menjadi tanda agungnya cinta kita,
Kasih, telah kubina sebuah istana menjadi tanda cinta sejati.

Tapi angin yang mendatang, bagaikan badai yang melanda,
Kau pergi dulu tanpa menungguku, kerna takdir ku relakan jua.

Kekasih, akan kupahatkan doaku, di dalam lena dan jua jagaku,
Kekasih, akan ku sirami pusaramu dengan cinta sejati.


Andai takdir kita bersama lagi, ku ingin hidup bersamamu,
Di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah

Friday, April 06, 2012

First Entry on 2012 :)

Assalamualaikum guys!! Wohoooooo
Firstly, IM SORRY IM SORRY IM SORRY

It's been 3 months since I last posted on December 2011, I'm so sorry guys!! (peace)
Honestly, I was so lazy to update my blog although there's a lot of story to tell about. Unfortunately, I couldn't do that, time goes too fast and I'm quite busy too. Ohh what a pity! :(
*
*
*
Aku tak nak cerita pasal English Course yang aku ambik di Institut Teknologi Utama Kelana Jaya sebab kalau nak cerita mmg banyak sangat cerita dia. So I just wanna make a conclusion, kat sana seriously memang aku belajar untuk jadi seorang yang independant sangat sebab kena basuh baju sendiri :( Aku dah la pemalas pulak tu nak kena basuh baju seminggu 2 kali, kalau seminggu sekali mahu dah bertimbun baju. Yelaa mana taknya pagi masuk kelas, petang ada aktiviti, malam pun ada aktiviti. Mmg penat!

Sekarang baru aku tau kenapa mama prefer adik and abg aku masuk asrama, bagi mama perempuan ni tak kesah sangat sebab nanti benda tu semua dah jadi tugas diaorg. Now, abg and angah dah pandai basuh baju sendiri, masak and mengemas. Haha Sounds funny aite?  Kat sana jugak aku jadi org lain means pendiam, seriously I'm not lying!! Hati aku macam tak ada kat situ aku asyik menangis nak balik je haha *macam manalah nak masuk U nanti hmmm

Kat sana jugak aku banyak improvement dari segi ibadah, aku bersyukur dapat roomates yang senang bangun pagi. Thank you Aisyah <3 Pagi-pagi dengan tangan sejuk dia tu dia tampar pipi aku haha mmg bangun terus lah kan Good job Syaa!!

And lastly, kat sana mmg kteorg speaking habis lagi-lagi bila balik dorm. Kat sana enviroment dia lain I mean bila seorg speaking nanti yg lain pun akan ikut jugak tapi kalau kat sini I mean kat sekolah dulu la kalau kita speaking semua nak gelak nak bahan. Tapi kteorg kat sana tak mcm tu kteorg pegang kata-kata Miss Ai bila org bahan cakap je LIKE I CARE!! Haha 
*
*
*
Untuk result pulak emm emm Alhamdulillah, I didn't expect I can get more than 5 eventhough not straight a's. But, I'm feel grateful because Allah counts my effort, Sesungguhnya Allah itu maha Pemurah <3

A big thanks especially to mama, tanpa doa mama tak mungkin anis berjaya ma Alhamdulillah anis tau result anis ni betul-betul buat mama terkejut kan, siapa sangka anak mama yang selalu sgt dapat result teruk tapi akhirnya dapat jugak anis dengar mama ketawa bila mama call masa dapat result tu. How I wish I can call abah and tell him my result as I did to mama :') 
abah <3 mama

Thanks to abg yang selalu sangat tanya perkembangan anis even abg duduk jauh. Almost every weeks we're skyping and webcaming together. After I got my result then abg had mssg me through facebook :
'salam koches..congratulation once again to u..alhamdulillah,abg bersyukur sgt da..it is planned by Allah,so this must be the best for u..be grateful to Allah..the journey to the real life has just begin,give ur very best in whatever field u'll choose nti..and remember our ultimate goal is JANNAH,evrythg in this world is temporary kn..take good care of ur health,be a good doughter and sister k..i'm sure mom is happy too n abah is proud of u for sure..i must admit that i dont even think that i can match ur result,had i been in ur place..its not easy for u,abg tau,thats y i always said u dont hafto compare with my result..so tahniah,and set ur sights on the future..'

Angah too, he kept remind me of this 'anis! angah tak nak berjaya sorang-sorang so struggle hard then you will success' Thank you Angah 
heroes in my famiy <3
Tak lupa jugak dekat kakak n kak lang yang selalu sgt motivate anis yg sgt lah keras kepale ni haha
Thanks to all my subject's teachers. Mulia sungguh jasa seorang guru itu kerana dapat membuat seseorang itu berjaya. 
To all my friens and superb classmates thanks guys, kita susah bersama-sama and senang bersama-sama.

Congrats guys, we have done our best!!
To my kak Nurul, she's the one who always motivate me through skype even she's now at Egypt Thanks kak Nurul, your advices always touch my heart!!
'Anis, dalam study there's always ups and downs. Sometimes result [some text missing] kan dia give up kali ke 9999, mesti kita takde lampu sekarang. So3 you have to keep trying tau! Result anis naik ke, turun ke doesn't matter, yang penting usaha anis kena berterusan tau. Jangan kurang sikit pun. Kena makin bertambah Allah counts our effort not our result :) semua yg berlaku ada hikmahnya maybe Allah nak usaha anis berterusan. So3 don't give up , doa banyak-banyak keep on gambate kayy! InsyaAllah kak nrl yakin anis mesti excel nanti. Winners always find way to win, they never stop finding the way :)'

Terima kasih jugak utk semua yang wish including all my uncles and aunties <3 Alhamdulillah

I got this from my mum

and sandals from my brother <3

Tuesday, December 27, 2011

It was a great moments

Assalamualaikum,
Sabtu lepas aku dan keluarga pulang ke kampung halaman yang sangat kami rindui. Sudah lebih setahun kami tidak menjejakkan kaki di kampung dan pusara abah. Aku rasa sangat bahagia saat melihat tok dan tok wan aku juga mak cik pak cik serta sanak saudara yang selalu menantikan kepulangan kami.

It was a great moments you know bila sampai je kampung semua saudara mara keluar rumah dan sambut kepulangan kita and I'll miss this moments. Disebabkan kami dah lama tak balik Pahang kerana ketiadaan orang kuat dalam family iaitu our beloved brother yang tak bleh balik tahun ni maka kakak ambil alih untuk jadi driver. Walaupun kakak baru sahaja dapat lesen tapi kakak dah pn cekap bawak kereta biasalah tu like father like daughter hihi <3

Hari pertama balik tu memang mengantuk plus pening kepala tapi still tidur lambat jugak hehe Sampai sampai je terus salam salam angkat beg semua bawak masuk rumah lepas tu terus pergi rumah kedai kat sebelah tengok mak cik mak cik kami buat kuih untuk dijual juga dimakan. Dah tu bila malam semua pakat duduk depan TV tengok cerekarama haha sambil tu online. 

Hari kedua plan nak pergi Arena Tekam Resort dan berpiknik di sana. Tempat dia really awesome but ramai sangat orang sebab cuti sekolah kan. So pagi tu masak nasi goreng untuk sarapan, tengah hari pulak baru masak untuk hidangan yang nak dibawa. Ada bihun goreng Singapore, karipap gajah (sangat besar sampai kena kerat 3 tak silap), keropok lekor, kek pisang dan air anggur. 



Meh sini nak cerita lelaki lelaki di belakang tu lah yang paling bising sekali. Sekejap sekejap mereka jerit wooooo dah tu aaaaaa pulak then hohohohoho. Haha Mereka sedang bertungkus lumus untuk buat piramid tapi setiap kali orang last sekali tu naik semua terus jatuh haha itu kelakar :D

Hari yang ketiga iaitu hari yang terakhir, pagi pagi lagi bangun untuk solat subuh lepas tu baring baring kejap dah tu pegi mandi. Dah siap-siap terus gerak pergi kubur abah, kubur yang dah lama kami tak jenguk kami tak singgah dan tak jejak tapi doa tetap malah sentiasa kami panjatkan supaya abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sebelum solat zohor tok dengan baik hatinya dan aku memang dah lama tak makan masakan tok sebab sebelum ni tok tak sihat jadi tak kuat untuk buat kerja tapi kali ni tok nampak sihat sangat Alhamdulillah, tok masak lauk kegemaran aku wahaha makan gulai kite tau sodapp gilee. Terima kasih tok, sayang tok. Tok pesan jangan lupa call tok, nanti tok rindu hihi <3 okay tok Insha Allah kami tak lupa :,)

Last but not least, 
Being happy doesn't mean that everything is perfect. It means that you've decided to look beyond the imperfections

Thursday, December 22, 2011

Thanks for coming guys


Assalamualaikum :)
Setelah kami iaitu Aku, Aimi, Far, Syera dan Ira penat berhempas pulas memikirkan pasal jamuan akhirnya apa yang kami lakukan ini terlaksana walaupun ianya masih lagi ada kekurangan dari segi orang yang hadir. Tapi ia tidak menjadi satu masalah yang besar untuk kami kerana ketidakhadiran mereka atas kehendak mereka sendiri dan tak lupa pada cikgu yang tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah kesihatan. Tak mengapa cikgu, kami sentiasa ingat pada cikgu dan kalau-kalau cikgu free tengoklah gambar-gambar yang kami hadiahkan pada cikgu tu. 2011 merupakan satu memori yang sangat indah cikgu, dan tanpa cikgu dan korang semua mungkin aku tidak seperti aku yang sekarang. Alhamdulillah

Walaubagaimana pun, perasaan hampa itu tetap ada kerana apa yang aku jangka tidak berlaku. Tapi apa-apa pun apa yang aku dan kawan-kawan aku usahakan ni tetap dipandang oleh mereka yang sanggup hadir ni, terima kasih korang. Aku mintak maaf kalau-kalau masa dan tarikh yang aku tetapkan tu telah mengganggu aktiviti korang.

Nak cerita sikit macam mana aku dan kawan-kawan aku handle jamuan ni. At first aku cuma post kan di fb 5Premier sahaja memandangkan kos untuk text setiap org amat tinggi hehe. Respond yang diterima kurang memuaskan dan ini mendatangkan kemarahan pada aku. Sebelum aku post status tersebut aku dah pn berbincang dgn Zaid, Aimi, Far dan Syera supaya aku lebih yakin untuk pikul tanggungjawab sebagai bendahari untuk melaksanakan jamuan kelas berikutan dengan duit lebihan daripada bayaran majalah sekolah ada ditanganku.

Aku mintak pertolongan Aimi untuk pergi booking Pizza Hut di Wangsa Maju, aku paksa Zaid untuk fikirkan tempat untuk jamuan ni, aku mintak jasa baik Ira untuk kira duit yang ada, aku curi masa Iliya untuk bertanyakan pendapat dia tentang masa dan tarikh jamuan akan diadakan, aku habiskan kredit Far suruh dia text budak lain juga aku berbincang dgn Syera untuk menjayakan jamuan ni. Pada hari Selasa aku dan Far sanggup pergi ke sana untuk pastikan apa yang kami order cukup utk setiap orang. Apa yang kami lakukan ni disertakan dengan harapan yang tinggi agar ramai yang datang tapi T_T 

Ni antara muka-muka yang hadir :)

Tengah semangat makan 
Muka-muka pelajar perempuan yang hadir
Muka-muka pelajar lelaki yang hadir
Ye aku tahu mesti dalam fikiran korang 'Jamuan ape bendanya orang yang datang pn sikit'. Tu semua tidak menjejaskan perasaan kami waktu tu sebab kami rasa seronok sangat bila diberi peluang dan waktu begini untuk berjumpa dengan mereka mereka ni yang mungkin aku tak akan jumpa lagi. Huwaaaa rindunya sekolah *haha mcm kelakar pun ada, ye lah mane taknya dulu bukan main lagi asyik cakap nak cepat habis sekolah at last tak ade ape pn bila dah habis ni :P

InshaAllah kalau ada rezeki masa ambil result nanti kita jumpa lagi ye. Sama-samalah kita berdoa agar result tahun ni gempak gempak belaka Aminnnnnn :')