Tuesday, December 27, 2011

It was a great moments

Assalamualaikum,
Sabtu lepas aku dan keluarga pulang ke kampung halaman yang sangat kami rindui. Sudah lebih setahun kami tidak menjejakkan kaki di kampung dan pusara abah. Aku rasa sangat bahagia saat melihat tok dan tok wan aku juga mak cik pak cik serta sanak saudara yang selalu menantikan kepulangan kami.

It was a great moments you know bila sampai je kampung semua saudara mara keluar rumah dan sambut kepulangan kita and I'll miss this moments. Disebabkan kami dah lama tak balik Pahang kerana ketiadaan orang kuat dalam family iaitu our beloved brother yang tak bleh balik tahun ni maka kakak ambil alih untuk jadi driver. Walaupun kakak baru sahaja dapat lesen tapi kakak dah pn cekap bawak kereta biasalah tu like father like daughter hihi <3

Hari pertama balik tu memang mengantuk plus pening kepala tapi still tidur lambat jugak hehe Sampai sampai je terus salam salam angkat beg semua bawak masuk rumah lepas tu terus pergi rumah kedai kat sebelah tengok mak cik mak cik kami buat kuih untuk dijual juga dimakan. Dah tu bila malam semua pakat duduk depan TV tengok cerekarama haha sambil tu online. 

Hari kedua plan nak pergi Arena Tekam Resort dan berpiknik di sana. Tempat dia really awesome but ramai sangat orang sebab cuti sekolah kan. So pagi tu masak nasi goreng untuk sarapan, tengah hari pulak baru masak untuk hidangan yang nak dibawa. Ada bihun goreng Singapore, karipap gajah (sangat besar sampai kena kerat 3 tak silap), keropok lekor, kek pisang dan air anggur. 



Meh sini nak cerita lelaki lelaki di belakang tu lah yang paling bising sekali. Sekejap sekejap mereka jerit wooooo dah tu aaaaaa pulak then hohohohoho. Haha Mereka sedang bertungkus lumus untuk buat piramid tapi setiap kali orang last sekali tu naik semua terus jatuh haha itu kelakar :D

Hari yang ketiga iaitu hari yang terakhir, pagi pagi lagi bangun untuk solat subuh lepas tu baring baring kejap dah tu pegi mandi. Dah siap-siap terus gerak pergi kubur abah, kubur yang dah lama kami tak jenguk kami tak singgah dan tak jejak tapi doa tetap malah sentiasa kami panjatkan supaya abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sebelum solat zohor tok dengan baik hatinya dan aku memang dah lama tak makan masakan tok sebab sebelum ni tok tak sihat jadi tak kuat untuk buat kerja tapi kali ni tok nampak sihat sangat Alhamdulillah, tok masak lauk kegemaran aku wahaha makan gulai kite tau sodapp gilee. Terima kasih tok, sayang tok. Tok pesan jangan lupa call tok, nanti tok rindu hihi <3 okay tok Insha Allah kami tak lupa :,)

Last but not least, 
Being happy doesn't mean that everything is perfect. It means that you've decided to look beyond the imperfections

No comments:

Post a Comment