Wednesday, December 07, 2011

Say Alhamdulillah

Aku, syera and cikgu, alaa cikgu buat muka masam pulak haha
First of all, Assalamualaikum.
Hyeee guys, it's been almost 2 months i didn't open my blog.

Akhirnya peperangan aku telah berakhir, perasaan? hmm Aku pun tak tahu lah nak describe macam mana sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk diri aku walaupun aku tahu di mata mereka usaha aku seperti tiada nilai. Aku pun sedar yang aku banyak kelemahan dan belum lagi jumpa keistimewaan yang ada dalam diri aku ni. Tepuk dada tanya diri sendiri. Secara jujurnya aku kurang berpuas hati dengan apa yang aku usahakan masa exam hari tu. Dalam hidup ni aku sangat mahukan kepuasan, ye kepuasan. Sedangkan dalam subjek ekonomi sendiri ada menerangkan- isi rumah akan membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan. Maknanya benarlah bahawa setiap orang mahukan kepuasan, tapi dalam hal aku ni aku nakkan satu perasaan yang bernama kepuasan. Aku akan rasa puas bila mana apa yang aku usahakan aku keluarkan masa exam hari tu. Tapi benda tu berlaku untuk certain subjek je. Kenapa?~~

Aku jadi tension bila benda tu berlaku pada aku, aku jadi seperti orang yang tidurnya tidak lena, mandinya tidak terasa basah dan makannya tidak terasa kenyang. Apa yang aku perlu buat?

Ye! Tawakal, lepas apa yang aku usahakan tu aku perlu tawakal. Aku perlu berdoa pada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya hanya Dia yang mampu mengubah segala-galanya.
'Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya, serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya, dan ingatlah sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong menyelamatkannya' 

No comments:

Post a Comment