Okayy guys, i dah pun buat Facebook baru so do add me hehehe.
Shira sorry tak add kau lagi, aku jarang online Fb. Apa plan cuti untuk next week ? Untuk aku yang sedang bergelar sebagai calon SPM 2011 terpaksa menghadiri kelas tambahan *terpaksa ? macam tak ikhlas je kan, haha okay aku yang nak pergi atas sebab aku dah pn ada kesedaran yang aku tak berapa pandai dan belum banyak persediaan yang aku buat untuk pergi berperang *ehh ni apahal tiba-tiba masuk berperang ni ? aku andaikan SPM adalah satu peperangan yang mana aku harus berperang untuk masa hadapan aku sendiri.
Seperti orang lain jugak, aku pn ada plan untuk masa depan aku. Untuk aku yang biasa-biasa ni je aku cuma mengharapkan aku dapat masuk UITM dan ambil kos Akaun. Aku dah mula minat dalam subjek ni. Mungkin jugak aku akan ikut jejak langkah kakak aku yang baru sahaja masuk UITM Melaka dalam kos Akaun. Hmm sedikit sebanyak adalah jugak cita-cita aku kan. haha Ohh cakap pasal cita-cita memang, memang aku sangat berminat untuk jadi seorang guru. Entah lah aku pn tak tahu kenapa mungkin sebab aku suka mengajar orang. Kalau korang nak tahu aku suka sangat kalau kawan-kawan aku yang tak faham dalam satu-satu subjek tu dan terus bertanya pada aku lagi-lagi subjek akaun. Tapi aku bukannya pandai mana jadi yang mana aku dapat tolong tu aku cuba untuk tolong. Tapi aku tak yakin dengan cita-cita aku yang ni jadi aku belum tahu lagi apa yang aku akan buat lepas habis belajar. *Accountant maybe ? ahh tinggi sangat cita-cita tu hmmm
Cuti minggu satu lagi iaitu selepas habis kelas tambahan apa pulak plan aku ?
Hmmmm tu aku belum pasti lagi entahlahh. Mama cakap tahun ni kita tak payah pergi bercuti sebab mama nak simpan duit untuk tahun depan. Mungkin abg aku akan balik tahun depan haaa jadi tahun depanlah aku pergi berjalan. haha tak apa lah bagus jugak kan aku pn dah habis SPM adik bawah aku pn dah habis PMR. Insyaallah kalau ada rezeki, kita kan hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.
Bukak sekolah ni je mesti dapat result mid year kan ? Jadi tabahkan lah hati kau wahai anis. Kalau banyak yang kau usahakan maka banyak lah hasil yang kau dapat begitu juga sebaliknya. Apa-apa pn berdoalah kepada yang maha kuasa :)
study rerajin noohh :)
ReplyDeletethanks noohh :)
ReplyDeletehehe so smbung study mane ni ? uitm melaka ke ?
ReplyDeletehah ? tak lah, sy 1994 lah baru 17 haha.
ReplyDelete