Saturday, March 26, 2011

Perhaps

pretending to be happy ( -,-)

Aku baru sahaja dapat keputusan ujian bulan Mac, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat walaupun ianya tidaklah begitu memberangsangkan. Dengan itu mama buat keputusan untuk hantar aku pergi ke tuisyen. Mungkin mama nak keputusan yang lebih baik dengan itu mama ambil inisiatif untuk hantar aku pergi tuisyen.

Mungkin dulu aku rasa aku tak perlukan tuisyen sebab cikgu di sekolah sudah memadai tapi selepas sahaja keputusan SPM tahun lepas keluar aku jadi takut, aku takut kalau kalau aku kecewa dengan keputusan aku. Mulai hari tu aku rasa aku perlukan tuisyen untuk mantapkan lagi pengetahuan aku. 

Aku hanya ambil tuisyen subjek yang aku betul betul lemah macam Add math, Ekonomi, Akaun, dan Science.   Dari sekarang aku perlu berubah *perhaps* nie semua sebab keputusan yang aku dapat masa ujian bulan Mac. Aku kecewa dengan markah yang aku dapat jadi malam tu aku cuba dapatkan pendapat daripada abg ye abg membantu :)

okay lah sampai sini sahaja aku dah tak ada idea nak cakap apa taaapi aku cuma nak mention yang aku perlu buka mata dan tengok di sekeliling. Semua orang dah berubah jadi aku pn perlu juga :)

2 comments:

  1. LOL. Ini betul betul sastera plus jawapan ikut skema cikgu. Haha

    ReplyDelete
  2. tu lah haihh kena baca banyak buku lagi ni hehe

    ReplyDelete