Wednesday, March 30, 2011

Teater

little princess, shoo shweeeeett
Teater, sekolah aku baru sahaja wujudkan kelab ni. Aku cuba sertainya mungkin kalau ada rezeki aku terpilih atau pn kalau tak terpilih pn aku tetap boleh jadi pembantu untuk menjayakan teater yang baru sahaja ditanam  dan sebentar lagi akan mengeluarkan hasilnya. Baru hari ni aku pergi untuk perjumpaan yang pertama kami sudah pun diberi tugasan dan tugasan ini harus disiapkan pada Jumaat ni. Jadi aku hanya ada masa selama 1 hari lebih untuk siapkan. Tugasan pertama mungkin nampak mudah tetapi payah untuk lakukan.

Kami diberi tugasan untuk mencari monolog dalam 11 ekspresi antaranya sedih, gembira, kecewa, bimbang, takut, kesal, marah, sinis, cemburu,dan senyum dalam tangis. Tu yang aku ingat lah, kami diberi 3 orang dalam satu kumpulan untuk membacakan, menggayakan, membuat mimik muka untuk menjiwai monolog yang kami kena cari sendiri. haihhh cakap panjang pn tak guna, okayy aku dah kena mula menggoogle ni.  

No comments:

Post a Comment